Bina Kandungan Mobile Bersama Kami!

Kini potensi kejayaan dalam bidang kandungan mobiliti semakin luas. Pelbagai kandungan dihasilkan hampir setiap hari. Kami tidak mahu ketinggalan justeru itu menghasilkan kandungan mobile sendiri dan menjadi pembangun dalam bidang ini. Tentu anda juga tidak mahu melepaskan peluang hebat ini! Cipta kandungan anda dan sertai kami untuk merealisasikan kejayaan anda!
Apa Itu Kandungan Mobile?
Kandungan mobile adalah sebarang jenis media yang boleh dipapar, diguna atau dimainkan menerusi telefon bimbit. Contohnya adalah seperti SMS, MMS, muzik, kalendar, calculator, aplikasi, permainan, WAP portal dan sebagainya.
Kandungan Mobile Dari Kedaikreatif.com
Kedaikreatif.com telah menubuhkan sebuah laman web khas iaitu Kedaikreatif Mobile (laman web ini) untuk memasarkan kandungan mobile yang dihasilkannya secara online. 2 Kategori produk yang dibangunkan oleh Kedaikreatif Mobile setakat ini ialah:
1 – Komik Sentral
Di sini kami menawarkan komik-komik yang dihasilkan sendiri oleh kami dan juga para pelukis yang menyertai kami. Komik Sentral akan menjadi sebuah pusat yang menghimpunkan pelbagai komik menarik tidak lama lagi!
2 – MMS
MMS yang dihasilkan oleh Kedaikreatif Mobile berbentuk m-kad kartun yang cantik dan unik. Kami mempunyai krew pelukis yang berbakat dan berpengalaman. Ini menjadikan kartun yang dihasilkan oleh kami memiliki sentuhan tersendiri. MMS dari Kedaikreatif Mobile kini semakin diminati ramai kerana mempunyai kartun-kartun Islamik yang sukar dicari di pasaran tempatan mahupun di pasaran antarabangsa.
Jadi Apa Yang Boleh Anda Hasilkan?
Anda boleh terus menghasilkan kandungan sepertimana yang kami hasilkan iaitu komik atau MMS. Walau bagaimanapun kami tidak membataskan kandungan untuk 2 kategori itu sahaja. Anda boleh juga menghasilkan kandungan-kandungan seperti berikut:
- Novel
- Permainan (game)
- Aplikasi
- Theme
- Wallpaper dan lain-lain.
Apa Yang Anda Akan Dapat Dengan Menghasilkan Kandungan Mobile?
Dengan menghasilkan kandungan mobile yang berkualiti, kami akan membangunkan kandungan anda sehingga ia menjadi sebuah produk yang boleh dipasarkan. Anda akan menjana keuntungan lumayan setiap kali produk anda berjaya dijual!
Bagaimana Mahu Bermula?
Anda perlu berdaftar sebagai pembangun terlebih dahulu sebelum bermula.



